Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kedai Kek ‘Muslim-Friendly’ Jepun ‘kotsu kotsu’ Kini Dibuka Di Kuala Lumpur

Nur Farra

Bagi peminat pencuci mulut gaya Jepun, kini ada satu lagi lokasi baharu yang wajib dicuba, kotsu kotsu Japanese Patisserie & Bake Shop, dibuka di Desa Sri Hartamas.

Diasaskan oleh pasukan di sebalik restoran Jepun terkenal seperti Kyomo, minamo, Asumo, Itsumo dan Kingyu, kotsu kotsu membawa konsep budaya ‘omiyage’, iaitu tradisi orang Jepun memberi cenderamata berupa manisan kepada keluarga dan rakan.

Menariknya, semua kek di sini dihasilkan dengan bahan halal, hasil kerja tangan Master Patissier Jepun yang mengambil masa hampir 11 bulan untuk mencipta resipi sempurna agar dapat dinikmati oleh semua.

Evoto

Rasa Tak Terlalu Manis, Lembut & Segar

Ketika sesi food tasting hujung minggu lalu, antara yang paling menyerlah ialah Swiss Roll, teksturnya lembut, ringan dan tidak terlalu manis.

Fruit Cake menambat selera dengan 10 lapisan kek yang gebu dan krim lembut bersama hirisan buah segar. Selebihnya seperti Pistachio Cake juga tidak kurang hebatnya, semuanya mempamerkan ciri utama kek Jepun, ringkas, halus dan penuh ketelitian.

Hadiah Dengan Sentuhan Jepun

Satu lagi keistimewaan kotsu kotsu ialah pembungkusannya yang elegan. Setiap kek dibungkus dalam kotak berwarna ungu lembut, lengkap dengan pek ais boleh guna semula menjadikannya hadiah sempurna untuk dibawa pulang atau diberi kepada yang tersayang.

Konsep ini diinspirasikan daripada budaya omiyage Jepun, di mana pemberian manisan bukan sekadar hadiah, tetapi tanda penghargaan dan keikhlasan.

Suasana Yang Tenang & Eksklusif

Masuk saja ke dalam kedai, suasananya terasa tenang dan moden, dinding tanah bertekstur, cahaya lembut dari kertas washi, serta sentuhan tembaga yang memberi rasa hangat dan eksklusif. Setiap kek dipamerkan dalam ruang kaca khas seperti karya seni, membangkitkan rasa tenang dan hormat terhadap seni pembuatan kek Jepun.

Langkah Demi Langkah, Hirisan Demi Hirisan

Nama “kotsu kotsu” sendiri bermaksud langkah demi langkah, mencerminkan usaha mereka yang tekun menghasilkan kek dengan penuh teliti setiap hari.

Kalau anda sedang mencari tempat baharu untuk menikmati kek Jepun yang halal, segar dan tidak terlalu manis, kotsu kotsu sememangnya patut ada dalam senarai anda.