Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kekal Cergas, Imam Pimpin Jemaah Buat "Push-Up" Lepas Tarawih

Sofea
Imam Pimpin Jemaah Buat "Push-Up"
Kredit: Islamic Society of Baltimore

Kekal Cergas, Imam Pimpin Jemaah Buat "Push-Up" Lepas Tarawih

Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah. Lebih-lebih lagi apabila tiba di fasa 10 malam terakhir.

Ketika ini, masjid-masjid akan dipenuhi orang ramai untuk beriktikaf sehingga ke Subuh.

Namun, kadang kala tubuh badan akan merasa cepat lesu dan mudah mengantuk terutama selepas menjamu selera.

Disebabkan ini juga, jemaah di Pusat Masyarakat Islam Baltimore di Maryland, Amerika Syarikat (AS) telah 'dikerah' untuk melakukan tekan tubi.

Senaman itu bagaikan menjadi satu tradisi di situ kerana ia turut dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini.

Berzikir sambil push-up

Menerusi video yang dikongsikan oleh Pusat Masyarakat Islam Baltimore, imam di situ masih melakukan rutin tersebut agar jemaah kekal cergas untuk melakukan ibadah.

Menariknya, pada tahun ini lebih ramai yang menyertai tekan tubi itu termasuk jemaah wanita (dilakukan di bahagian solat wanita di atas).

"Imam mengingatkan semua orang bahawa mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada mukmin yang lemah. Kini kita mempunyai tradisi pasca tarawih yang baharu, MasyaAllah," tulis persatuan itu di kapsyen.

Orang ramai tidak kira dari lapisan umur dilihat bersemangat melakukan tekan tubi itu.

Mereka juga berzikir dan berselawat antara ulangan senaman (reps) dan imam melakukannya sebanyak 61 kali sekaligus.

"Jika anda ingin sertai, tekan tubi ini dilakukan pada setiap malam ganjil selepas solat witir di Pusat Masyarakat Islam Baltimore, berapa kali anda boleh lakukan?," kata persatuan itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan teruji melihat inisiatif itu.

"Mak aih gempak oih atok-atok pun steady push up haa"

"Warm up untuk subuh ke tahajud ni"

"Kita perlu galakkan perkara ini walau kat mana sekalipun"

"Ya Allah berkatilah setiap insan ini"

"Ini sangat menakjubkan, kesihatan adalah kekayaan"

"Itulah cara yang bagus untuk menarik ummah ke masjid"

Semoga segala usaha kita di bulan ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Yang Maha Pengasih. Semoga kita semua juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus melakukan ibadah kepadaNya.