Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kelantan Diramal Banjir Secara Berperingkat Hari Ini

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini.

JPS dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan kemungkinan tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan (tahap bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Februari.

Menurut kenyataan itu, beberapa lokasi di dua jajahan tersebut yang dikenalpasti bakal berlakunya banjir jika hujan lebat berpanjangan di lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok.

Lokasi dijangka banjir di Kuala Krai bermula sekitar jam 8 malam melibatkan kampung Dabong, Kampung Kumubu dan kawasan rendah sekitarnya serta kampung Mesek, Kampung Tualan, Kampung Karangan, kampung Manek Urai dan kawasan rendah sekitarnya.

Selain itu, di kawasan Sungai Nal, Sungai Pahi dan Sungai Durian melibatkan Kampung Bedal, Kampung Gatal, Bukit Sireh dan kawasan sekitarnya.

Manakala di Tanah Merah pula dijangka banjir anggaran jam 12 tengah hari ini, melibatkan Kampung Renab, Kampung Kajang, Kampung Padang KIjang dan kawasan rendah sekitarnya.

Sumber: Agensi Pengurusan banjir