Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kelayakan Cuti Bersalin Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 490 Hari

Kelayakan Cuti Bersalin
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin bagi penjawat awam daripada 360 hari kepada 490 hari sepanjang tempoh perkhidmatan menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi penambahbaikan itu, penjawat awam layak menikmati cuti bersalin sehingga maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran, tertakluk pada jumlah kelayakan keseluruhan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dalam usaha menyokong keperluan penjagaan anak, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

Intipati
  • Kelayakan cuti bersalin penjawat awam dinaikkan daripada 360 hari kepada 490 hari.
  • Penjawat awam layak mengambil maksimum 98 hari cuti bagi setiap kelahiran.
  • Kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk menambah baik pusat penjagaan anak fasiliti kerajaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan