Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kemalangan Babit Lori & Treler, Trafik Sesak Di PLUS
Satu kemalangan melibatkan sebuah lori dan treler dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 21.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, antara laluan Kulai ke Sedenak, awal pagi tadi.
Menurut PLUS Malaysia, insiden itu menyebabkan beberapa lorong terhalang sekali gus mengakibatkan kesesakan trafik yang panjang di kedua-dua arah.
Berdasarkan kemas kini yang dikongsikan PLUS Malaysia menerusi Facebook:
6.44 pagi – Semua lorong arah selatan terhalang dengan trafik tidak bergerak sejauh 7 kilometer, manakala arah utara dilaporkan perlahan sepanjang 1 kilometer.
7.11 pagi – Lorong kanan dibuka semula kepada pengguna, namun lorong kiri arah selatan dan lorong kecemasan arah utara masih terhalang. Kesesakan direkodkan sejauh 8 kilometer arah selatan dan 4 kilometer arah utara.
7.54 pagi – Lorong kiri arah selatan dan lorong kecemasan masih ditutup, menyebabkan kesesakan arah selatan meningkat kepada 13 kilometer, manakala arah utara kekal perlahan.
8.53 pagi – Trafik sesak arah selatan dilaporkan sepanjang 19 kilometer, dengan keadaan trafik arah utara masih perlahan.
9.30 pagi – Lorong kecemasan dan lorong kiri arah selatan kekal terhalang, dengan kesesakan trafik direkodkan sejauh 19 kilometer.
Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui laman rasmi X PLUS Trafik.
BACA: Tular Rakaman Keadaan Ribut & Angin Kencang Di Puncak Alam, Setia Alam
BACA: Tular Fenomena Tiang Cahaya Hiasi Langit Bintulu
BACA: Warga Kongsi Keadaan Ribut & Angin Kencang Sekitar Lembah Klang
Sumber: PLUS Malaysia