Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kemaskini Takwim Persekolahan Dan Perkara Penting Yang Ibu Bapa Dan Pelajar Wajib Tahu

Gambar Hiasan via Bernama

Ibu bapa dan para guru pastinya memerlukan kemaskini ini kerana ia membolehkan perancangan aktiviti untuk anak-anak dan pelajar di musim persekolahan mahupun percutian pada tarikh cuti sekolah. Ia juga membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid walaupun ketika ini persekolahan dilakukan daripada rumah.

Takwin Persekolahan bagi tahun 2021 telahpun dikeluarkan sebentar tadi menerusi Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin. Menerusi sidang media itu, Dr. Radzi Jidin turut menyatakan bahawa SPM 2021 akan dilaksanakan bermula Februari 2022 bagi Ujian Lisan & Amali Sains manakala bermula Mac 2022 bagi peperiksaan bertulis.

Dengan pengumuman ini, sudah pastinya ibu bapa dan pelajar itu sendiri perlu kembali memulakan langkah untuk bersiap sedia menghadapi sesi pembelajaran PdPR dan juga bersedia untuk menghadapi SPM pada tahun 2022.

Berikut disertakan tarikh-tarikh penting yang pelajar dan ibu bapa perlu peka mengenai sesi pembelajaran yang akan bermula 13 dan 14 Jun ini.

SPM 2021

  • Ujian Lisan & Amali Sains: Februari 2022

  • Peperiksaan Bertulis Termasuk SVM Setara: Mac 2022

Takwin Persekolahan KPM 2021

  • Sesi Persekolahan Secara PdPR: Bermula 13 & 14 Jun 2021

  • Cuti Pertengahan Penggal: Bermula 16 & 17 Julai 2021 sehingga 25-26 Julai

  • Tindakan seterusnya akan diumumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal.

Inisiatif CERDIK – Projek Rintis Peranti

  • 12,887 unit telah diagihkan libatkan 95 buah sekolah dalam 51 PPD

  • 40,290 agihan dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun 2021

  • 96,823 unit agihan dijangka selesai pada akhir September 2021

Rayuan Sekolah Khusus: Semakan Keputusan & Pendaftaran

  • Semakan rayuan sekolah khusus boleh dibuat pada 8 Jun

  • Pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus boleh dilakukan secara dalam talian dengan kumpulan A pada 13 Jun, Kumpulan B 14 Jun.

Vaksinasi Guru

  • Sehingga kini, lebih 70,000 guru telah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia