Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kemeriahan F1 Turut Beri Limpahan Ekonomi Kepada Peniaga Tempatan - PM Anwar

EKONOMI
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket Madani sempena acara Formula 1 (F1), hari ini.

Anwar turut menyantuni peminat F1 yang hadir sebelum meninjau kemeriahan suasana di lokasi berkenaan.

Menurut beliau, kawasan itu turut menjadi tumpuan menerusi Karnival Litar Rasa Madani yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman kepada pengunjung.

“Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa Madani yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan.

“Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, penganjuran karnival berkenaan turut memberi peluang kepada peniaga tempatan menikmati limpahan ekonomi hasil penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival berkenaan.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan kemeriahan F1 bukan sahaja dinikmati peminat sukan permotoran, malah turut memberi manfaat kepada usahawan dan peniaga tempatan.

Intipati
  • Anwar meninjau kawasan G Hillstand di SIC dan menyantuni peminat F1 yang hadir.
  • Karnival Litar Rasa Madani menghimpunkan kira-kira 40 peniaga makanan dan minuman tempatan.
  • Anwar berkata karnival itu memberi peluang peniaga menikmati limpahan ekonomi acara antarabangsa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan