Baru-baru ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan mengeluarkan kenyataan berkenaan cadangan untuk menyenarai hitamkan lesen memandu, cukai jalan atau lesen perniagaan dan urusan ke luar negara bagi peminjam yang ingkar membayar.
Terkesan dengan pernyataan tersebut, Majlis Belia Malaysia (MBM) tampil mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu tersebut. Melalui kenyataan tersebut, MBM memberi amaran kepada PTPTN supaya lebih sensitif dalam melakukan sesuatu pelaksanaan berkaitan PTPTN.
Menurut Naib Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi, cadangan untuk menyenarai hitamkan peminjam yang ingkar merupakan cadangan yang ekstrem dan membebankan rakyat terutamanya yang melibatkan larangan keluar negara dan lesen memandu serta cukai jalan. Perkara ini kerana kenderaan merupakan keperluan asasi bagi belia dan cadangan tersebut tidak akan membantu PTPTN mendapatkan kembali pinjaman.
Sumber: Majlis Belia Malaysia