Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kepala Mangsa Serangan Buaya Ditemukan Di Sandakan

Iqbal Yasir
kepala mangsa serangan buaya ditemukan
Gambar: Bernama

SANDAKAN, 11 Sept (Bernama) —

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham

buaya

ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di sini, Jumaat lepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki dewasa hanya dikenali sebagai Abdul, disyaki dibaham buaya pada kira-kira 6 petang Jumaat di sungai kawasan setinggan itu.

“Mangsa dikatakan menaiki rakit yang diperbuat daripada buluh cuba menyeberangi sungai untuk ke rumahnya yang terletak 100 meter dari tebing sungai.

“Ketika sedang menyeberangi sungai, mangsa disyaki disambar oleh seekor buaya dan sempat menjerit meminta tolong, namun hilang daripada pandangan saksi,” katanya.

Wanita Maut Dipercayai Dibaham Buaya Ketika Memancing

kepala mangsa serangan buaya ditemukan

Terdahulu, seorang wanita ditemukan maut dipercayai dibaham oleh seekor buaya sewaktu memancing di tebing sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan sejak sebulan lalu, lapor Bernama.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menyatakan mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6.53 pagi kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pukul 3.42 petang dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 12 km dari balai.

BACA JUGA: Wanita Maut Dipercayai Dibaham Buaya Ketika Memancing

Sumber: Bernama