Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keputusan Untuk Mengadakan Inkues Kes Kematian Zara Qairina – AGC

Iqbal Yasir
keputusan Kematian Zara agc
Gambar: Bernama

Keputusan Untuk Mengadakan Inkues Kes Kematian Zara Qairina – AGC

PUTRAJAYA — Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah berhubung kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

“Setelah jabatan ini meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025, Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah .

“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

“Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” maklum kenyataan itu pada hari ini.

Sumber: Facebook Jabatan Peguam Negara

BACA: Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

BACA: Kes Zara Qairina: Bukit Aman Ambil Alih Siasatan, Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

BACA: Zara Qairina: KPM Tempatkan Sementara Pengetua, PK HEM & Semua Warden Di JPN Sabah