Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Keputusan Untuk Menuduh Beberapa Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina – AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya membuat keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina berdasar keterangan yang ada.
Menurut AGC, keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan kes kematian pelajar berkenaan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.
“Jabatan ini menegaskan walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kes buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang dijalankan di mahkamah,”.

Terdahulu menerusi laporan BERNAMA, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu telah menetapkan 3 September ini untuk memulakan prosiding siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
Koroner Azreena Aziz menetapkan prosiding itu berlangsung mulai 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September.
BACA: Inkues Kematian Zara Qairina Bermula 3 Sept
Sumber: Jabatan Peguam Negara