Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jumlah Wang Tiris Lebih Besar
Kredit: Bernama

Kerajaan Yakin Jumlah Wang Tiris Lebih Besar Daripada RM15.5 Bilion - PM Anwar

BERNAMA

Kerajaan Yakin Jumlah Wang Tiris Lebih Besar Daripada RM15.5 Bilion - PM Anwar

CYBERJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan yakin jumlah sebenar dana negara yang hilang akibat ketirisan, penipuan dan rompakan awam adalah lebih besar daripada RM15.5 bilion yang berjaya diperoleh semula dalam tempoh dua tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kejayaan memungut semula jumlah hasil negara yang besar itu menunjukkan keupayaan dan komitmen agensi-agensi penguatkuasa termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam membendung ketirisan berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa lebih banyak hasil negara boleh diselamatkan menerusi kesinambungan usaha yang sedang dilaksanakan.

“Kalau tanya saya, adakah (angka ini) mencukupi (setakat RM15.5 bilion sahaja)? Saya tak yakin jumlahnya hanya RM15.5 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-44 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin.

Anwar berkata kejayaan memperoleh semula RM15.5 bilion itu hasil kerjasama erat antara JKDM dan agensi penguatkuasa lain, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Beliau berkata kesemua agensi penguatkuasa itu bersama-sama mengesan, mencegah dan memulihkan dana yang hilang itu akibat ketirisan, penipuan dan salah guna bagi menyelamatkan rakyat dan negara ini.

Sumber:BERNAMA