Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kereta Apa Guna Bakal Enjin HEV Proton?
Pada acara KLIMS yang sedang berlangsung sehingga 21 Jun ini, Proton mempamerkan barisan kereta yang sedang dijual di pasaran.
Tapi, ada satu benda yang menarik di ruang pameran Proton iaitu enjin Hybrid Electric Vehicle (HEV) yang ditayang buat kali pertama.
Enjin HEV dari Proton ini menggabungkan kecekapan Dedicated Hybrid Engine (DHE) dengan keupayaan responsif dari Dedicated Hybrid Transmission (DHT).

Kata Proton, gabungan ini bakal memberi pengalaman memandu yang lebih senyap dan lancar khususnya pemanduan bandar pada kelajuan rendah dan trafik perlahan.
Enjin ini juga akan menawarkan empat mode pemanduan yang bertukar secara pintar iaitu EV Mode, Series Mode, Parallel Mode dan Direct Drive.
Untuk maklumat lanjut tentang enjin ini boleh baca artikel yang kami telah terbitkan di bawah.
Enjin ini bukan dibangunkan untuk model e.MAS ya tapi ini untuk model Proton yang akan datang.
Kereta apa guna enjin HEV ini yang akan menggegarkan pasaran kereta kompak di Malaysia?
Kalau sebelum ini X90 pernah ada teknologi Mild Hybrid tapi model akan datang ini bakal menjadi model HEV pertama untuk Proton.

Desas-desus kuat mengatakan model pertama yang akan menggunakan enjin HEV ini adalah Saga Cross yang dijangka bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
SK merasakan Saga Cross bakal menjadi satu lagi model 'Pisang Goreng Panas' dan pelan di Tanjung Malim perlu bersedia 200% menerima tempahan.