Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Terhenti Tengah Jalan, Mekanik Dedah Tangki Minyak Karat Puncanya

Azzwin
Tangki Minyak Karat
Kredit: @Altimat Auto Garage via TikTok

Kereta Terhenti Tengah Jalan, Mekanik Dedah Tangki Minyak Karat Puncanya

Apabila kereta tiba-tiba mati di tengah jalan, ia memang boleh mencetuskan rasa panik kepada pemandu.

Lebih-lebih lagi jika kejadian itu berlaku secara rawak ketika sedang memandu seperti biasa tanpa sebarang tanda awal.

Ada juga pemilik kenderaan yang sudah menukar beberapa komponen seperti alternator atau bahagian lain pada kereta dengan harapan masalah tersebut dapat diselesaikan.

Namun begitu, ada keadaan di mana masalah enjin mati secara tiba-tiba masih tetap berlaku.

Perkongsian seorang mekanik dari @Altimat Auto Garage di TikTok menjelaskan bahawa antara punca yang mungkin tidak disangka oleh ramai pemilik kereta ialah keadaan tangki minyak yang sudah berkarat.

Ikuti perkongsian di bawah.

Habuk karat dalam tangki petrol

Menurut @Altimat Auto Garage, apabila terdapat banyak habuk karat di dalam tangki petrol, partikel tersebut boleh naik ke bahagian pam pembakar api atau fuel pump.

Proses ini berlaku setiap kali kereta dihidupkan kerana petrol akan dipam dari tangki melalui saluran tertentu sebelum sampai ke enjin untuk pembakaran.

Kredit: @Altimat Auto Garage via TikTok

Jika habuk karat ini ikut naik bersama aliran petrol, ia boleh menyebabkan saluran pada pam bahan api menjadi tersumbat.

Kesannya, fuel pump tidak dapat mengepam petrol ke enjin dengan lancar. Keadaan ini boleh menyebabkan enjin kereta tiba tiba mati ketika sedang dipandu.

Namun begitu, ada kalanya kereta masih boleh dihidupkan semula seperti biasa kerana aliran petrol kembali berjalan buat sementara waktu.

"Fuel pump" dan penapis petrol juga akan rosak

@Altimat Auto Garage turut menjelaskan bahawa habuk karat yang masuk ke dalam sistem bahan api juga boleh menyebabkan fuel pump rosak.

Pada masa yang sama, penapis petrol turut boleh menjadi kotor dan rosak kerana partikel karat yang datang dari tangki petrol.

Difahamkan, jika masalah seperti ini berlaku, kebiasaannya mekanik akan menukar pam bahan api dan penapis petrol yang baharu.

Pada masa sama, sistem bahan api enjin juga akan dibersihkan bagi memastikan tiada sisa karat yang tertinggal.

Kredit: @Altimat Auto Garage via TikTok

Masalah tangki petrol berkarat seperti ini selalunya berlaku pada kereta yang telah digunakan lebih daripada lima tahun.

Ia juga lebih mudah terjadi pada kenderaan yang jarang digunakan atau sering dibiarkan parkir dalam tempoh yang lama.

Sekiranya kereta mengalami masalah enjin mati secara tiba tiba di tengah jalan dan puncanya tidak pasti, pemilik kenderaan dinasihatkan supaya tidak menukar komponen sesuka hati.

Sebaiknya, bawa kereta ke bengkel supaya mekanik dapat memeriksa dan mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut.