Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rumah merupakan suatu keperluan yang perlu ada bagi memberi perlindungan serta tempat untuk berehat selepas seharian berkerja demi mencari sesuap nasi. Setiap orang pastinya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang selesa dan boleh didiami seisi keluarga.
Namun, tidak semua orang mampu untuk membeli rumah sendiri berikutan dengan gaji yang kecil, pinjaman tidak diluluskan, memiliki komitmen yang banyak dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk hanya menyewa sahaja daripada membeli rumah.
Ada juga yang kata kalau kerja kontrak susah nak beli rumah, betul ke? Kalau anda nak tahu jawapannya, ikuti perkongsian yang dibuat oleh Gila Hartanah di bawah.
“KERJA KONTRAK NI SUSAH BETUL NAK BELI RUMAH..” Betul ke? Untuk pekerja kontrak, ini khas untuk anda. KISAHINSPIRASI#
Ramai yang tak putus-putus mengeluh, mengadu nasib tentang paras ekonomi semasa. Dan masalah ini tak pernah mengenal siapa. Semua orang ada potensi boleh ‘terkena,’ termasuk mereka yang bekerja dalam industri yang bernilai berbilion Ringgit.
Mungkin ramai yang tengah susah hati nak beli rumah sekarang. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja kontrak. Mungkin perkongsian silent reader Tuan Azizul Azli Ahmad ini akan terus buat korang bersemangat untuk teruskan usaha membeli rumah. In Shaa Allah.
BMW, Audi, dan superbike memang mainan orang kerja oil & gas? Saya tak pernah dapat kerja tetap selepas graduasi. Bekerja secara kontrak je sebab kerja ikut projek (industri oil & gas).
Alhamdulillah, dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri pula bekerja tetap dalam bidang construction (pembinaan). Setiap kali tukar projek baru (tukar syarikat sekali), pendapatan saya akan bertambah.
BMW, Audi, Vellfire, dan superbike ni biasa bagi orang yang bekerja dalam industri oil & gas. Walaupun ada yang perli, saya masih kekal pakai kereta second hand keluaran tahun 2002. Sekarang dah habis bayar. Sebelum ni, ansuran bulanan kereta cuma 4% sahaja dari gaji.
Tak ada kerja, tapi komitmen bertimbun? Gila! Alhamdulillah, simpanan dan hartanah semakin bertambah. Kami dah ada 8 hartanah (nilai gabungan RM2 juta). Simpanan semasa keluarga dah berjaya mencecah 6 angka.
Tahun 2014, industri oil & gas mula jatuh dan sekarang semakin teruk. Ramai kawan2 yg berkereta mahal dan rumah mahal (nilai gabungan cecah RM1 juta ++) mula risau. Ada yang dah diberhentikan dgn komitmen yg tinggi. (8k hingga 10k bayaran bulanan utk 1 rumah dan 1 kereta).
Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan walaupun tak bekerja (sekarang masih lagi bekerja). Semua hartanah saya sewakan dan saya memilih untuk menyewa rumah yang lebih murah. Siapa kata kerja secara kontrak tak boleh hidup senang? Hadam tip ini sekarang!
Sumber: Gila Hartanah