Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kertas Siasatan Kes Pelakon Terlibat Amang Seksual Dihantar Ke TPR

Azizah Najib
pelakon amang seksual
Kredit: Bernama

Kertas Siasatan Kes Pelakon Terlibat Amang Seksual Dihantar Ke TPR

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — Kertas siasatan berhubung kes seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya kini menunggu maklum balas daripada pihak TPR sebelum tindakan perundangan selanjutnya diambil.

“Kertas siasatan lengkap telah dihantar dan kita tunggu untuk tindakan lanjut bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

BACA: Polis Tahan Pelakon, Penyanyi Terkenal Untuk Siasatan Kes Amang Seksual

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dalam acara atau konsert selebriti tersebut.

“Kami percaya mangsa memang peminat kepada selebriti itu. Mereka saling mengenali hasil perjumpaan di beberapa venue.

Hussein berkata perbuatan amang seksual itu terbongkar selepas laporan polis dibuat ibu remaja perempuan terbabit.

Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

Sumber: BERNAMA