Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Resit hina Melayu Islam
Gambar: BERNAMA

Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Kenyataan Hina Melayu, Islam Dibuka

Hannah

Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Kenyataan Hina Melayu, Islam Dibuka

JOHOR BAHRU, 22 Dis (Bernama) — Polis membuka tiga kertas siasatan berkaitan gambar resit pesanan satu jenama makanan segera yang mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam di tiga daerah iaitu Kluang, Muar dan Batu Pahat.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan penularan resit pesanan tax invoice jenama makanan segera bertarikh 19 dan 20 Dis lepas di tiga daerah terbabit dipercayai dipesan oleh individu sama.

“Laporan polis mengenai penularan tersebut telah diterima dan sebanyak tiga kertas siasatan berasingan telah dibuka. Kes masih di peringkat siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek terlibat giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kumar berkata pihaknya memandang serius terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen agama dan menyentuh sensitiviti kaum di platform media sosial hingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian masyarakat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu dengan sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Terdahulu, tular resit pesanan sebuah restoran jenama makanan segera di Kluang bertarikh 19 Dis lepas yang mengandungi kenyataan berbaur penghinaan itu.

BACA: 18 Anggota Polis Ditahan Atas Dakwaan Peras Ugut Warga Malaysia Di Konsert DWP Jakarta

BACA: Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Empat Beranak Terlibat Kemalangan

BACA: Prasarana Buat Laporan Polis Kes Pergaduhan Penyokong Di Stesen LRT

Sumber: BERNAMA