Sebanyak 128 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia setakat 5 September 2020 berdasarkan laporan dari CPRC Kebangsaan. Perkara ini dilaporkan melalui laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berikut pecahan kes kematian mengikut peringkat umur.

KKM mengesahkan bahawa kematian paling muda ialah 23 tahun dan paling tua 101 tahun. Sebahagian besar kematian mempunyai sejarah penyakit kronik.
Apa yang anda dapat lihat menerusi pecahan ini, peratusan kematian pada peringkat umur lebih dari 70 tahun adalah paling tinggi dengan angka kematian mencatat 46 kes. Diikuti dengan kes kematian yang berusia dari 60 hingga 70 tahun. Apa yang dapat dirumuskan melalui graf ini adalah, jangkitan Covid-19 lebih terdedah dan berisiko untuk pesakit yang dikategorikan sebagai warga emas.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang berdedikasi, kita seharusnya menjaga antara satu sama lain bagi memutuskan rantaian wabak jangkitan Covid-19 ini agar kita menjalani kehidupan yang lebih harmoni.
Sumber: KKM
