Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Pegawai Polis langgar pelajar
Gambar: BERNAMA

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

Iqbal Yasir

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) — Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan lima dalam kejadian langgar berhampiran sebuah sekolah tahun lepas.

Tertuduh, 46, didakwa membunuh mangsa, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 Nov ini hingga 17 Jan tahun depan dan 1 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon tempoh sebulan bagi serahan dokumen dan memaklumkan pihaknya akan memanggil 60 saksi termasuk pakar.

BACA: Piala Belia: FAM Pandang Serius Insiden Gaduh Aksi Melaka, Sri Pahang

“Pihak kami perlu masa bagi muktamadkan senarai saksi dan dokumen untuk diserahkan kepada peguam. Kita perlu teliti dokumen sebab kes ini melibatkan 60 saksi dan pakar,” katanya yang turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani.

Peguam Jacky Loi Yap Loong yang dibantu Lim Chi Chau dan M. Kuhan memaklumkan pihaknya memfailkan notis berhubung permohonan jaminan terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya tidak menerima afidavit berhubung notis terbabit.

Hakim Bhupindar Singh mengarahkan kedua-dua pihak menyelesaikan pertukaran afidavit sebelum beliau membuat keputusan berhubung permohonan jaminan.

Turut hadir, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.

Pada 18 Dis 2023, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sumber: BERNAMA