Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kes Zayn Rayyan: Usaha Kumpul Bahan Bukti Diteruskan, Saksi Buat Lakonan Semula Hari Ini

Syed Faisal Sayed Muhammad
zayn rayyan lakonan semula
Kredit BERNAMA

Kes Zayn Rayyan: Usaha Kumpul Bahan Bukti Diteruskan, Saksi Buat Lakonan Semula Hari Ini

Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dilaporkan memasuki Blok R, Apartmen Idaman sekali lagi dan membuat lakonan semula bersama saksi hari ini.

Berita itu dikongsikan oleh BERNAMA di laman X rasmi milik mereka sebentar tadi.

Berdasarkan perkongsian itu, Unit Forensik itu mula memasuki blok kediaman tersebut pada jam 11 pagi tadi.

Operasi itu dilakukan bagi mengumpul lebih banyak bahan bukti berhubung kes pembunuhan adik Zayn Rayyan Abdul Matiin.

BACA: Dua Kanak-kanak Nampak Zayn Rayyan Sebelum Hilang – Polis

Semalam, dua kanak-kanak dilapor sempat melibat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin pada 5 Disember lalu.

Dua saksi itu berjaya dikesan selepas pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran dilakukan ke atas penduduk apartmen tersebut.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, dua saksi itu sempat melihat kelibat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hari kejadian.

“Siasatan mendapati dua kanak-kanak ini mendakwa ternampak Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R pada petang 5 Disember lalu.

“Setakat ini, polis telah mengambil 10 sampel DNA menjadikan sebanyak 238 sampel,” katanya pada Khamis memetik Sinar Harian.

Maklumat lanjut akan menyusul

Sumber: BERNAMA