Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kesenian Itali, Sumber Utama Koleksi Oro Italia 916® Aria Dari Habib

KESENIAN ITALI, SUMBER UTAMA KOLEKSI ORO ITALIA 916® ARIA DARI HABIB

Oro Italia 916®, koleksi eksklusif yang hanya boleh didapati di HABIB kini hadir dengan rekaan baharunya Aria. Jenama barang kemas tempatan ini sekali lagi menjanjikan kelainan dalam menghasilkan koleksi Aria dengan gabungan hasil kemasan yang teliti serta reka bentuk yang berbeza untuk menepati setiap citarasa. Rekaan yang berkonsepkan minimalis hadir dalam pelbagai bentuk seperti hati, daun semanggi (clover), bintang dan rama-rama memberikan penampilan yang ringkas namun masih memancarkan seri individu yang menggayakannya.

Koleksi ini mengambil namanya daripada perkataan Itali yang membawa maksud ‘melodi’ lantas menginterpretasikan sifat utamanya yang harmoni. Menggabungkan elemen alam, HABIB turut menitikberatkan sumber inspirasi dalam menghasilkan sesuatu koleksi barangan kemas. Koleksi Aria menyajikan rantai leher dan rantai tangan pelbagai motif serta rekaan.

Merangka perspektif baharu terhadap koleksi Oro Italia 916®, pereka barangan kemas HABIB yang berpengalaman telah mengekspresikan kreativiti mereka dengan mengolah rekaan berunsurkan alam dan menghasilkan satu koleksi yang sesuai digayakan oleh mereka yang gemarkan kesederhanaan dalam bergaya. Sudah anggun dibaluti label mewah, semestinya tidak lengkap gaya harian anda jika dibiarkan kosong tanpa dihiasi oleh koleksi yang dihasilkan dengan emas 916 yang diserikan dengan pelbagai warna yang menggabungkan rona kuning, putih serta merah jambu lantas memancarkan kilauan abadi bagi koleksi ini.

Kemasan ‘High Polish’ serta ‘Diamond Cut’ yang digilap dengan penuh ketelitian menjadikan setiap rekaan Aria ini lebih berkilau seolah-olah dihiasi dengan butiran berlian. Istimewa buat anda yang gemarkan perhiasan minimalis yang hadir dalam reka bentuk moden, boleh dapatkannya di bilik pameran HABIB dan rasai keselesaan apabila menggayakan koleksi Oro Italia 916® Aria ini.