Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lori Bawa Kereta Kemalangan, Lebuhraya PLUS Seremban-Port Dickson Sesak
Sebuah kemalangan melibatkan beberapa kereta dan treler pembawa kereta telah mengakibatkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Seremban ke Port Dickson, menghala Selatan.
Pada 10.14 pagi, akaun Twitter Plus Line (@plustrafik) melaporkan satu kemalangan yang berlaku pada KM 263.1 dari Seremban ke Port Dickson (S) pada laluan menghala Selatan.
Kemalangan yang melibatkan sebuah treler pembawa kereta menyebabkan beberapa kereta baharu daripada bahagian belakang turut terpelanting di atas jalan raya.
Keadaan tersebut menyebabkan keseluruhan lorong kanan terhalang, manakala menutup sebahagian daripada laluan tengah.
Dengan hanya satu lorong yang dapat berfungsi dengan baik, kesesakan trafik luar biasa dicatatkan sehingga mencecah 10 KM pada arah selatan.
Menurut Plus, setakat 12.33 tadi lorong kanan dan lorong tengah masih ditutup bagi kerja pengalihan.
Sungguhpun kemalangan berlaku pada laluan arah selatan, laluan belah utara turut mengalami kesesakan, kira-kira sepanjang 3 KM.
Para pengguna yang bakal bergerak menggunakan laluan sama dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain.
Manakala, para pengguna jalan raya pada arah bertentangan digesa agar tidak memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan itu.
Pihak Plus turut menasihatkan para pengguna untuk merancang perjalanan dengan baik dan memandi secara berhati-hati.
BACA: Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam
Sumber: Plus Line via Twitter