Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
pokok halau nyamuk
Gambar: ImageFX
Ketahui 7 Pokok Yang Boleh Ditanam Untuk Halau Nyamuk Di Rumah

Aina Munirah

Ketahui 7 Pokok Yang Boleh Ditanam Untuk Halau Nyamuk Di Rumah

Pernah tak, bila anda sedang duduk bersantai di rumah, tiba-tiba badan terasa gatal dan bila tengok, kesan gigitan nyamuk penuh di badan.

Walaupun berada di dalam rumah sendiri, masalah digigit nyamuk ini merupakan satu perkara yang sering dipandang remeh.

Hakikatnya, rumah sepatutnya menjadi tempat yang selesa tanpa diganggu oleh serangga kecil ini.

Kadang-kadang, kita sendiri tidak sedar bagaimana nyamuk ini boleh membiak walaupun kawasan rumah sering dibersihkan atau dikemas.

Namun, jangan risau. Sebenarnya, selain hanya membersih halaman rumah, menghapus tempat pembiakan nyamuk, membuang sampah dengan betul dan sebagainya, anda boleh menanam pokok yang dikatakan mampu menghalau nyamuk.

Untuk mengetahui jenis pokok apa yang sesuai ditanam, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Ada ke pokok halau nyamuk?

Nyamuk seperti makhluk lain, akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup ini termasuklah tumbuhan tertentu.

Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya - hanya betina yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.

Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting. Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman anda pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah.

Jika itu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh menghalau nyamuk? Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk.

Umumnya, nyamuk 'mencari' mangsa - manusia dan haiwan lain - dengan merasakan haba dan pergerakan tubuh. Ada juga dengan cara 'menghidu' karbon dioksida yang dikeluarkan daripada liang-liang pori badan.

Terdapat sesetengah tumbuhan yang mempunyai bauan yang kuat sehingga boleh menutup bau anda dan/atau mengelirukan nyamuk.

Bagi mereka yang mahukan jalan penyelesaian secara semula jadi, tidak mahu menggunakan spray dan tidak mempunyai alahan, sudah pasti tumbuhan penghalau nyamuk ini jawapan terbaik untuk anda!

Pokok halau nyamuk outdoor & indoor

Berikut beberapa jenis pokok yang boleh dijadikan pilihan:

Serai wangi

Citronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk menghalau nyamuk semula jadi. Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah anda.

Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar 2 jam - ini kerana minyak akan menyejat dengan cepat.

Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah anda adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga menggigit ini daripada diri dan keluarga.

Jika anda ingin menanam tumbuhan ini, pastikan ia ditanam di kawasan yang sewajarnya. Ini kerana serai wangi boleh membesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar.

Tetapi jangan tersalah serai pula ya. Serai yang biasa digunakan dalam masakan itu berbeza dengan serai wangi.

Nama botani serai masakan itu adalah Cymbopogon citratus atau lemongrass-boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk, namun tidak sehebat serai wangi.

Pokok pudina

Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ini jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pokok pudina.

Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja bagus untuk menghalau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gigitan nyamuk yang gatal.

Daun pokok pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga menggigit ini.

Lavender

Gambar: ImageFX

Aroma lavender membantu menghalang nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara 6 hingga 8 jam.

Jika anda menanam tumbuhan wangi ini di sekitar kawasan rumah anda, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.

Berminat untuk menanam lavender? Pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga 3 kaki - bagi membolehkan ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.

Daun selasih

Basil, nama saintifiknya Ocimum basilicum sering digunakan dalam masakan untuk menghasilkan sos pesto dan salad yang lazat. Di samping itu, ia juga berguna dalam menjauhkan nyamuk.

Tumbuhan ini secara semula jadi akan mengeluarkan aromanya, jadi daunnya tidak perlu dihancurkan atau diproses dalam apa jua cara.

Daun selasih adalah toksik pada larva nyamuk - jadi letakkan ia berhampiran kawasan tadahan air bagi menghalang nyamuk daripada bertelur.

Bunga tahi ayam

Pokok bunga ini secara azalinya cantik dengan warna yang sangat menyerlah. Pun begitu, Lantana Camara amat tidak disukai nyamuk kerana baunya yang agak busuk - lebih-lebih lagi jika ia dihancurkan sehingga lumat.

Anda boleh meletakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Namun, jika baunya agak mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air pasu atau baldi, mahupun saluran longkang.

Geranium

Gambar: ImageFX

Nama saintifiknya Pelargonium radula biasa ditemui dalam ubat nyamuk dan lilin. Tumbuhan ini turut dikenali dengan gelaran seperti pokok halau nyamuk atau pokok jari lima. Bau kuat daripada tumbuhan ini menutupi bau penarik lain.

Tumbuhan ini mudah dijaga dan dapat dibiakkan dengan cara keratan batang. Walau bagaimanapun, ia perlu berada di kawasan teduh dan tidak boleh diletakkan terus di bawah sinaran matahari terik.

Marigold

Berada dalam keluarga bunga tahi ayam, pokok marigold mempunyai sebatian yang dapat menghalau beberapa jenis serangga.

Tumbuhan ini mudah untuk dijaga dan menghasilkan bunga yang cantik. Sudah tentu baunya yang kuat berperanan dalam menghalau serangga dan pepijat.

Kredit: Hello Doktor

Kebersihan persekitaran

Selain pokok halau nyamuk outdoor atau indoor, menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah juga merupakan cara kawalan nyamuk terbaik.

Pastikan tiada air yang bertakung, terbiar di rumah anda. Ini kerana pelbagai penyakit bawaan nyamuk boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!