Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketahui Jenis-jenis Vaksin & Kegunaan Untuk Penyakit-penyakitnya

UNICEF- Vaksin bukan sahaja membantu lindungi orang dewasa tetapi juga kanak-kanak dan remaja. Vaksin berfungsi melindungi penerima dari penyakit serius.

Unicef memberikan beberapa jenis vaksin yang disyorkan oleh kebanyakkan negara dan doktor bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan populasi penduduk daripada wabak COVID-19.

Vaksin

Penyakit

Simptom dan Kesannya

BCG

Tuberculosis

Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan yang sering berlaku. Ianya menyerang paru-paru tetapi pada bayi atau anak kecil boleh mempengaruhi organ lain seperti otak. Kes yang paling teruk dilaporkan penyakit ini menyebabkan komplikasi serius atau kematian. TB sangat sukar untuk dirawat dan rawatannya memakan masa yang lama dan tidak selalu berjaya.

Hep B

Hepatitis B

Hepatitis B ialah virus jangkitan hati yang berbahaya. Penyakit ini tidak menunjukkan gejala dari saat bayi hingga beberapa dekad. Ia boleh merebak menjadi sirosis dan barah hati.

Polio

Poliovirus

Polio ialah virus yang melumpuhkan satu daripada 200 orang yang dijangkitinya. Di antara kes-kes tersebut, lima hingga 10 peratus mati ketika otot pernafasan gagal berfungsi. Tiada penawar untuk polio setelah kelumpuhan, hanya rawatan untuk mengurangkan gejala sahaja.

DTP

Difteria

Difteria menjangkiti tekak dan tonsil. Ia menyebabkan kanak-kanak sukar untuk bernafas dan menelan. Kes yang paling teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi, ginjal dan / atau saraf.

DTP

Tetanus

Tetanus (kancing gigi) menyebabkan otot mengecut yang sangat sakit. Ia boleh menyebabkan otot leher dan rahang kanak-kanak terkunci (lockjaw), menyukarkan mereka untuk membuka mulut, meminum (menyusu) atau bernafas. Walaupun dengan rawatan, tetanus boleh membawa maut.

DTP

Pertussis

Pertussis (batuk kokol) yang menyebabkan batuk muntah yang panjang (berminggu-minggu). Dalam beberapa kes, boleh menyebakan kesukaran bernafas, radang paru-paru, dan kematian.

Hib

Haemophilus influenzae jenis b (Hib)

Hib ialah bakteria yang menyebabkan radang paru-paru, meningitis dan jangkitan teruk yang lain. Secara umumnya, berlaku kepada kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.

Pneumococcal

Penyakit Pneumokokus

Penyakit pneumokokus bermula daripada penyakit serius seperti meningitis dan radang paru-paru hingga lebih ringan. Tetapi jangkitan yang lebih seperti sinusitis dan jangkitan telinga. Penyakit peumokokus adalah penyebab umum dan kematian di seluruh dunia terutamanya dikalangan kanak-kanak dibawah 2 tahun.

Rotavirus

Rotavirus

Rotavirus menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dan kejutan pada anak kecil. Ini boleh menyebabkan kematian sekiranya rawatan (terutama) pengantian cairan tidak segera dilakukan.

MMR

Demam Campak

Demam campak adalah penyakit yang menular dengan pelbagai gejala seperti demam, hidung berair, bintik-bintik putih dibahagian belakang mulut dan ruam. Kes serius yang pernah dilaporkan ia boleh menyebabkan buta, pembengkakkan otak dan kematian.

MMR

Mumps

Beguk boleh menyebabkan sakit kepala, demam campak, demam dan kelenjar air liur yang membengkak. Komplikasi boleh merangkumi meningitis, testis yang membengkak dan pekak.

MMR

Rubella

Jangkitan rubella pada kanak-kanak dan dewasa kebiasannya ringan, tetapi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati, kematian bayi atau cacat.

HPV

Papillomavirus manusia (HPV)

HPV kebiasaanya tidak mempunyai simptom, tetapi beberapa strain boleh menyebabkan kanser serviks. Kanser ini merupakan kanser ke-4 yang biasa berlaku pada wanita. Hampir 99 peratus kanser serviks disebabkan oleh HPV. HPV juga menyebabkan ketuat kelamin, serta kanser pada bahagian bahan yang lain.

Sumber: Unicef