Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ketahui Tanda Awal & Cara Elak Masalah Bateri Kereta
Umum diketahui, bateri adalah antara komponen paling penting dalam kereta. Tanpa bateri, enjin takkan boleh dihidupkan dan sistem elektrik kereta juga takkan berfungsi dengan baik.
Masalahnya, bateri ada jangka hayat tertentu, biasanya sekitar 3 hingga 5 tahun sahaja.
Bila ia mula lemah, kereta boleh tiba-tiba ‘buat hal’. Waktu itulah kita rasa betapa susah dan mahalnya nak selesaikan masalah bateri kong.
Supaya anda lebih bersedia, mari kita lihat tanda-tanda awal bateri lemah dan cara menjaganya supaya tahan lebih lama, seperti dikongsikan McMahon Automotive.
Berikut beberapa petunjuk yang anda perlu peka:
Bila cuba ‘start’, enjin ambil masa lama atau bunyinya perlahan. Ini biasanya petanda bateri dah kurang kuasa.
Jangan abaikan. Lampu ini boleh jadi tanda bateri lemah atau ada masalah pada sistem pengecasan.
Lampu depan jadi malap, radio terputus-putus atau tingkap kuasa bergerak perlahan. Semua ini tanda jelas bateri makin lemah.
Kalau nampak serbuk putih (karat) di terminal atau kotak bateri kembung, itu tanda kerosakan dalaman. Perlu diperiksa segera.
Kebanyakan bateri hanya bertahan 3–5 tahun. Kalau dah lebih, sebaiknya buat ujian kesihatan bateri, terutama sebelum musim hujan atau perjalanan jauh.
Walaupun bateri tak boleh bertahan selamanya, penjagaan yang betul boleh panjangkan usianya. Berikut 5 tip mudah:
Perjalanan pendek atau jarang digunakan boleh melemahkan bateri. Kalau jarang memandu, cuba hidupkan dan bawa kereta 15–20 minit, sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.
Tip: Kalau kereta lama tak digunakan, pasang battery maintainer (pengecas perlahan) untuk elak bateri kong.
Karat boleh ganggu sambungan elektrik. Bersihkan dengan berus dawai dan larutan soda bikarbonat, kemudian bilas dan keringkan.
Tip: Sapukan jeli petroleum atau guna semburan pelindung terminal untuk elak karat berulang.
Elakkan buka lampu, radio atau cas telefon bila enjin tak hidup. Semua ini boleh ‘sedut’ tenaga bateri.
Bateri longgar boleh bergetar di jalan tak rata, lalu menyebabkan kerosakan dalaman. Semasa servis, minta mekanik semak pemasangannya.
Ujian kesihatan bateri cepat, murah dan boleh elak anda terkandas.
Tip: Buat ujian sebelum musim hujan atau cuaca sejuk kerana keadaan ini beri tekanan lebih pada bateri.
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat
BACA: Rupanya Ini Kesan Memandu Dengan Tayar Terlalu Keras Atau Terlalu Lembut
BACA: Pelik Suhu Kereta Naik Mendadak & “Aircond” Tak Rasa, Ini Puncanya
Sumber: McMahon Automotive