Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketua PBB Kecam Serangan Terhadap Misi UNIFIL Di Lubnan, Ragut Nyawa Anggota Pengaman Perancis

unifil lubnan anggota perancis
Gambar edaran yang dikeluarkan pada 18 April 2026 daripada akaun X Kementerian Pertahanan Perancis ini menunjukkan Sarjan Mejar Florian Montorio yang terbunuh semasa serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan pada 18 April 2026. Kementerian Pertahanan Perancis/AFP

Ketua PBB Kecam Serangan Terhadap Misi UNIFIL Di Lubnan, Ragut Nyawa Anggota Pengaman Perancis

ISTANBUL, 19 April (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad mengecam serangan terhadap Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) yang mengorbankan seorang anggota pengaman dari Perancis dan mencederakan tiga yang lain, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya serangan Sabtu terhadap @UNIFIL_ yang mengorbankan seorang anggota pengaman Perancis dan mencederakan tiga lagi,” tulis Guterres di platform media sosial X.

Guterres menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja anggota pengaman yang terkorban, selain mendoakan supaya mereka yang cedera segera pulih.

Beliau berkata serangan itu merupakan yang ketiga dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang mengakibatkan kematian anggota pengaman di Lubnan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan PBB di negara itu.

“Serangan seperti ini mesti dihentikan,” kata Guterres, sambil menggesa semua pihak mematuhi gencatan senjata.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata seorang anggota tentera Perancis terbunuh pada Sabtu manakala tiga lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan anggota UNIFIL itu.

“Sarjan Mejar Florian Montorio daripada Rejimen Jurutera Payung Terjun ke-17 di Montauban terbunuh pagi ini di selatan Lubnan dalam serangan terhadap UNIFIL,” kata Macron di X.

UNIFIL memaklumkan pihaknya telah melancarkan siasatan selepas satu daripada kedudukannya “ditembak dengan senjata ringan” di perkampungan selatan Ghanduriyah.