Kia Sportage: SUV Dengan Enjin 2.0L
Jenama Kia bukanlah jenama yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia dan jenama ini telah melalui beberapa zaman sebelum masuk ke Malaysia secara stand alone.
Dulu zaman model Kia dijenamakan semula oleh Naza, antara model yang terkenal adalah Naza Ria dan Naza Citra.
Selepas tamat zaman Kia bersama Naza, Kia dibawa masuk secara rasmi di pasaran Malaysia oleh Bermaz Auto dan kini bergerak sendiri sebagai Kia Sales Malaysia.
Kia Sportage SUV Model Ikonik
Antara model Kia yang ikonik adalah Kia Sportage yang sudah diperkenalkan sejak 1993 dan model ini kekal diperbaharui generasi ke generasi sehingga kini.
Bagi model terkni dikenali sebagai Kia Sportage NQ5 yang juga model generasi kelima diperkenalkan pada tahun 2021.
Model ini dikuasakan dengan enjin Smartstream 2.0L, 4 silinder bagi varian 2.0G 2WD dan 2WD High.
Enjin tersebut menghasilkan kuasa 154HP dan tork 192Nm serta menggunakan pacuan dua roda.
Rekaan Luaran
Kia Sportage namanya pun sudah dikenali sebagai SUV yang nampak sporty dan begitulah rekaan luarannya.
Kia meletakkan rekaan yang tajam dibahagan lampu depan dan badannya pun banyak rekaan yang tirus sesuai dengan setiap peringkat umur.
Kia Sportage juga dilengkapi dengan semua lampu LED menepati citarasa terkini dan memenuhi permintaan pengguna


Rekaan Dalaman
Bahagian dalam kabin lebih berwarna hitam termasuk kerusi dibalut kulit penuh.
Rekaan dalaman juga nampak moden dengan 8 inci skrin infotainment, sambungan Apple Carplay dan Android Auto.





Sistem Keselamatan
Kia Sportage dilengkapi dengan sistem keselamatan ADAS yang lengkap seperti High Beam Assist, Blind Spot Collision Warning, Lane Keep Assist dan banyak lagi.
Ini menunjukkan Kia tidak berkompromi dengan keselamatan pengguna dan meletakkan itu sebagai keutamaan dalam setiap varian.
Pengalaman Memandu
Sepanjang hampir 5 hari memandu Kia Sportage, SK tidak alami apa-apa masalah yang besar cuma SK perasan enjin agak kuat mengaum ketika memecut.
Satu lagi, enjin 2.0 ini daya mula pecutannya agak kuat dan kadang kala tayar spinning jika terlebih pijak ketika mula bergerak selepas berhenti di lampu isyarat.
Selain dari itu, Kia Sportage berjaya menjalankan tugas dengan baik ketika cruising di lebuh raya, mendaki bukit dan selesa memandu dalam tempoh lama.
Kesimpulan
Kia Sportage 2.0 ini memang sebuah SUV moden yang seronok dipandu dan beberapa kelemahan tu SK rasa boleh diselesaikan jika memandu dalam tempoh lama.
Luaran yang sporty dan ruang kabin yang selesa memang kena dengan harganya. Ia juga sesuai sebagai kereta utama keluarga.
