Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kilang Kitar Semula Terbakar Di Pasir Gudang

Foto: Facebook

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Sebuah kilang kitar semula terbakar di Jalan Keluli 7, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba Ketua Zon 1 Mohamad Faizul Selamat berkata operasi memadam api kini giat dijalankan melibatkan seramai 40 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Johor Jaya, Larkin, Tebrau, Penawar dan Kempas sejak pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.37 pagi tadi.

“Usaha sekarang tertumpu kepada mengawal kebakaran memandangkan bahan tersebut merupakan bahan buangan yang mudah terbakar.

“Operasi pemadaman adalah dengan menggunakan teknik defensif dan membuat ‘cooling’ di bangunan yang berhampiran,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pengungsian bangunan telah dibuat dan tiada mangsa terlibat setakat ini.

“Punca kebakaran juga masih dalam siasatan,” kata Mohamad Faizul.

Sumber: Bernama