Kim Jong Un isytihar Korea Utara bebas daripada wabak COVID-19
Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un mengisytiharkan kemenangan negara itu dalam membanteras virus COVID-19. Beliau memerintahkan penarikan langkah anti-wabak yang dikenakan pada Mei lalu, katanya kepada media Khamis lalu.
Korea Utara tidak mendedahkan berapa banyak jumlah jangkitan virus yang dikesannya, tetapi sejak 29 Julai lalu ia telah melaporkan tiada kes baharu yang dicatatkan dengan organisasi kesihatan antarabangsa menyifatkan negara itu mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ujian pengesanan yang terhad.
Menarik semula langkah anti-wabak, Kim berkata bahawa Korea Utara mesti mengekalkan “penghalang anti-wabak yang kukuh dan mempergiatkan kerja anti-wabak sehingga berakhirnya krisis kesihatan global,” menurut laporan oleh agensi berita rasmi negara itu, KCNA.
KCNA turut melaporkan angka korban angkara covid yang rendah, 74 orang, yang dicatakan negara itu sebagai keajaiban berbanding angka-angka lebih tinggi yang dicatatkan di negara-negara lain.
Penganalisis berkata, walaupun Korea Utara secara autoriti telah menggunakan wabak itu untuk mengetatkan kawalan sosial, pengisytiharan kemenangannya boleh menjadi permulaan untuk memulihkan perdagangan yang terhalang oleh penutupan sempadan dan sekatan lain.
Pemerhati juga berkata ia mungkin membuka jalan bagi Korea Utara untuk menjalankan ujian senjata nuklear buat kali pertama sejak 2017.
Berbanding mengesahkan laporan kes sebagai jangkitan Covid, Korea Utara hanya melaporkan kes yang diterima sebagai pesakit dengan simptom demam. Kes dengan simptom demam itu mencapai kemuncak pada 15 Mei dengan laporan sebanyak 392,000 kes, sekaligus pakar kesihatan memberi amaran bahawa krisis kesihatan di negara itu mungkin tidak dapat dielakkan.
Manakala PBB dalam responnya pula berkata, pihaknya meragui pengumuman yang dibuat oleh Korea Utara dan percaya situasi sebenarnya bertambah buruk pada bulan lepas, bukannya bertambah baik, ditengah-tengah kekurangan data yang boleh memberi gambaran sebenar situasi pandemik di negara itu.
Apatah lagi, negara itu diketahui tidak pernah melancarkan sebarang program vaksinasi dan hanya semata-mata bergantung kepada langkah kawalan seperti perintah berkurung dan rawatan yang dibangunkan secara domestik. Kim menyifatkan ia sebagai ”sistem sosialis gaya Korea yang menguntungkan”.
Korea Utara berkata ia menjalankan pemeriksaan perubatan intensif di seluruh negara, dengan ujian PCR harian ke atas sampel air yang diambil di kawasan sempadan. Ia juga berkata telah membangunkan kaedah baharu untuk mengesan virus Covid dan variannya dengan lebih baik, serta penyakit berjangkit lain, seperti cacar monyet.
Adik perempuan Kim, Kim Yo Jong, berkata pemimpin Korea Utara itu sendiri mengalami gejala demam, dan menyalahkan Korea Selatan sebagai punca wabak itu menular, lapor KCNA.
“Walaupun tidak sihat dan demam panas, beliau tidak boleh berehat kerana memikirkan situasi rakyat yang berdepan dengan wabak ini” kata Yo Jong dalam satu ucapan yang memuji usaha yang digerakkan oleh abangnya.
Kementerian Penyatuan Korea Selatan dalam satu kenyataan balas berkata pihaknya terlalu kesal terhadap tindakan Korea Utara berulang kali membuat tunduhan tidak berasas berhubung punca wabak itu merebak di negaranya.
Sumber: CNN News
