Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kisah Nenek Nak Letak Nama Cucu Ala-Ala Hipster, Asalkan Bunyi Arab Buat Netizen Geli Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila ada kehadiran orang baru, pasti semua orang akan teruja untuk berebut-rebut nak sediakan nama yang sesuai untuk bayi tersebut. Mungkin, ibu bapa kita yang akan lebih teruja untuk berikan nama yang sesuai kepada cucu mereka.

Asalkan sedap dan mempunyai maksud yang baik dalam perkataan Arab. Ye lah, zaman sekarang ramai yang pilih nama anak ikut sedap sebut tanpa tahu makna disebaliknya.

Nama diibarat seperti doa bila disebut setiap hari serta boleh mempengaruhi karakter dan jiwa anak sepanjang hidupnya. Kita semua tahu, pemilihan nama yang mempunyai maksud yang baik adalah penting.

Lain pula jadinya bila seorang wanita, Puteri Izzah memuatnaikkan di laman Twitter tentang satu gambar pergaulan antara seorang ustazah dan orang yang mendapatkan nasihat untuk beri nama yang mempunyai perkataan bahasa Arab dan maknanya.

Apa yang terjadi, nama-nama yang menjadi pilihan semuanya mempunyai makna untuk bahan masakan. Asalnya nak letakkan nama anak untuk tujuan makna penyembuhan dalam bahasa Arab.

Rata-rata para netizen terhibur dengan pilihan nama yang diberi seperti zanjabeela bermaksud halia, kurkuma bermaksud kunyit dan kalanjan bermaksud lengkuas.

“Nasib baik dia tak letak nama anak dia dengan gabungan ‘dua huruf’ arab.”

“Dulu ada pengalaman beri sedikit nasihat dan cadangan nama anak kepada seorang ayah.”

Sumber: Puteri Izzah