Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kita Amat Bimbang Dengan Perkembangan Ini..,” 9 Hari Pertama Tahun 2021, Malaysia Catat 71 Kes Kematian Covid-19

Sehingga kini, menurut kicauan di laman twitter @KKMalaysia, angka kematian yang disebabkan oleh wabak Covid-19 telah mencecah 71 kematian hanya dalam tempoh 9 hari sahaja dalam tahun baru 2021. Tahun lalu, kes kematian mengambil masa 9 bulan untuk mencatatkan angka 100 kematian.

Hal ini sangat membimbangkan petugas barisan hadapan dan kita, rakyat malaysia. Sehingga kini, angka keseluruhan yang telah terjangkiti wabak ini telah mencecah 133,559 dan 542 angka kematian dicatatkan secara keseluruhan.

Semoga Allah S.W.T melindungi dan mengangkat semua bala dan bencana yang menimpa negara kita.

Sumber- Twitter KKMalaysia