Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 di Malaysia, pelbagai pihak yang prihatin akan situasi yang dilalui oleh para petugas kesihatan barisan hadapan negara tampil untuk menghulurkan bantuan.
Turut tidak terkecuali adalah sekumpulan pelarian yang bergabung tenaga memasakkan makanan untuk disumbangkan ke para petugas kesihatan di hospital Ampang yang sedang berjuang memerangi wabak ini.
Sekumpulan pelarian yang rata-ratanya terdiri daripada warga Syria, Palestin, Yaman dan Iraq telah berbuat demikian sebagai tanda terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan risiko nyawa mereka demi memastikan kesejahteraan orang awam.
Eman Mfleh, seorang pelarian dari Palestin menyatakan bahawa, dia melakukan perkara sedemikian untuk berterima kasih kepada masyarakat Malaysia yang mengalu-alukan mereka untuk menumpang di bumi Malaysia ini.
Gambar: Mahi RamakrishnanSeorang lagi pelarian Syria, Abo Mohamad, yang terpaksa meninggalkan negaranya bersama isteri dan dua anaknya kerana peperangan menyatakan bahawa, kita perlulah berganding bahu dan buat apa yang kita mampu lakukan pada waktu krisis ini.
Gambar: Mahi RamakrishnanDalam pada itu, Amel Ali, 36, yang berpecah peluh memasakkan hidangan kari ayam dan kari daging untuk dihulurkan kepada petugas di hospital Ampang turut melakukan perkara yang sama. Dia yang sudah menjadikan Malaysia sebagai rumahnya sejak tujuh tahun lalu amat memahami situasi yang sedang dihadapi oleh Malaysia.
Gambar: Mahi RamakrishnanAmel merupakan salah seorang daripada 10 chef yang bergabung tenaga menyediakan makanan untuk dihulurkan kepada petugas kesihatan barisan hadapan di Hospital Ampang.
Inisiatif ini adalah kerjasama yang dijalankan di antara Al-Hasan Volunteer Network dan Beyond Borders Malaysia.
Sebagai orang awam, kita juga boleh membantu petugas barisan hadapan ini seperti mereka juga. Caranya ialah, kita hanya perlu ikut perintah kerajaan. Duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting.
Sumber: Mahi Ramakrishnan