Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini telah mengemas kini garis panduan discaj pesakit COVID-19.
Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan tersebut adalah berikutan di mana pesakit dengan jangkitan COVID-19 yang disah oleh makmal boleh discaj daripada wad penyakit berjangkit apabila memenuhi kriteria-kriteria berikut.
“Pertama, bagi pesakit bergejala, sekurang-kurangnya tiga (3) hari iaitu 72 jam pulih daripada demam tanpa menggunakan ubat demam, serta gejala pernafasan, misalnya batuk dan sesak nafas telah bertambah baik dan sekurang-kurangnya 14 hari telah berlalu sejak gejala bermula.
“Dan yang kedua, bagi pesakit tidak bergejala, 14 hari telah berlalu sejak tarikh ujian diagnostik COVID-19 didapati positif dengan anggapan mereka tidak mengalami sebarang gejala selepas ujian positif mereka,” katanya dalam satu sidang media mengenai perkembangan kes COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Jelasnya lagi, ujian pengesanan COVID-19 tidak diperlukan sebelum pesakit discaj daripada wad penyakit berjangkit.
Bagaimanapun, sekiranya pesakit masih memerlukan rawatan perubatan selain daripada rawatan COVID-19, mereka akan dipindahkan ke wad lain.
Menurutnya, garis panduan tersebut selaras dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam Clinical Management of COVID-19 In Trim Guidance.
“Bahawa kebanyakan pesakit COVID-19 hanya boleh menyebarkan penyakit ini dalam jangka masa 10 hari daripada permulaan penyakit,” jelas kenyataan tersebut.
Maklumat kenyataan ini boleh dirujuk pada minit ke-27.
Sumber: KKM