Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Nafi Jururawat Akan Disuntik Vaksin Virus X

Syed Faisal Sayed Muhammad
vaksin virus X
Kredit KKM

KKM Nafi Jururawat Akan Disuntik Vaksin Virus X

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa jururawat di negara ini akan disuntik dengan vaksin Virus X, yang diramal menjadi satu ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan khususnya jururawat yang telah menyumbang bakti mereka kepada negara,” demikian menurut KKM.

Sehubungan itu orang awam dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu berkaitan vaksi berkenaan kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.

Orang ramai juga boleh melayari sesawang sebenarnya.my sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: BERNAMA