Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Sahkan Dakwaan 2 Ribu Pesakit COVID-19 Di CAC Stadium Malawati Adalah Tidak Benar

Hari ini tular di media sosial beberapa keping foto yang memaparkan situasi sesak yang didakwa berlaku di sebuah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Terdapat dakwaan awam yang mengatakan bahawa CAC tersebut telah menerima kemasukan terkini ribuan pesakit COVID-19 sekaligus menimbulkan kegusaran ramai.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan di Facebook menafikan dakwaan tersebut dan mengesahkannya sebagai berita palsu.

“Dakwaan lebih 2,000 pesakit COVID-19 di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati hari ini adalah tidak benar. Dua gambar ini menunjukkan situasi sebenar di Stadium Malawati hari ini.

“Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, semua pesakit yang datang ke CAC hari ini telah dinilai dan menunggu giliran untuk dimasukkan ke wad,” maklum kenyataan itu.

Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM

Sumber: KKM