Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Senaraikan Dua Daerah Terbaru Zon Merah, Jumlah Keseluruhan 23 Zon Merah

Gambar Hiasan via Google

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid-19 terbaru mengikut negeri dan daerah.

Menerusi jumlah tersebut, bilangan zon merah meningkat kepada 23 mengikut statistik terbaru sehingga pukul 12 tengahari semalam.

Dua daerah zon merah terbaru ialah Sepang dengan 46 kes dan Kota Samarahan dengan 42 kes.

Disebabkan oleh peningkatan bilangan ini, orang ramai dinasihatkan untuk terus duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan meningkatkan penjagaan kebersihan diri.

Sumber: KKMPutrajaya