Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

KL Wellness City (KLWC), pemaju perbandaran kesihatan dan kesejahteraan terulung di Asia Tenggara, melancarkan kempen “Kongsi Cahaya” sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, sekali gus menandakan permulaan Tahun Kuda dengan penekanan kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan ekosistem kesihatan negara.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, mewakili YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, bersama Dato’ Dr. Colin Lee, Pengarah Urusan KL Wellness City. Turut hadir rakan komuniti serta wakil rumah kebajikan sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat KLWC.
Dalam ucapannya, Dato’ Dr. Colin Lee berkata tema Kongsi Cahaya melambangkan misi teras KL Wellness City sebagai simbol harapan dan kesihatan, selain menzahirkan semangat kebersamaan melalui sokongan kepada bakat tempatan dan golongan memerlukan.
KL International Hospital kini mencapai 85 peratus siap dan berada di landasan untuk siap sepenuhnya pada suku keempat 2026, termasuk kemudahan helipad atas bumbung bagi menyokong pemindahan pesakit kritikal pada masa hadapan.
Sementara itu, The Nobel Healthcare Park pula dijangka mencapai penyerahan milikan kosong menjelang pertengahan 2026.
Menurut Dato’ Dr. Colin, pencapaian ini mencerminkan visi jangka panjang KL Wellness City dalam membangunkan ekosistem kesihatan bersepadu yang merangkumi penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan pelancongan perubatan dalam satu perbandaran.
Antara sorotan utama majlis ialah satu pencapaian bersejarah apabila KLWC menjadi pemaju penjagaan kesihatan pertama di Malaysia mempersembahkan lima lagu Tahun Baharu Cina asli yang dipersembahkan secara langsung oleh lima kumpulan tempatan iaitu 1119 Entertainment, Mari Home Group of Artists, Jubilee World Pageants, Goddess of Nature Malaysia dan Top Scholar Education Group.
KL Wellness City turut berkongsi rezeki musim perayaan dengan menyumbang kepada beberapa rumah kebajikan, termasuk:
Lighthouse Children Welfare Home Association, Kuala Lumpur & Selangor
Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Puchong
Yayasan Sunbeams Home, Cheras
Dalam pada itu, Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif KLWC yang menggabungkan elemen budaya dan pembangunan infrastruktur kesihatan bertaraf dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan dan kesejahteraan.
Sebagai pelengkap sambutan, KL Wellness City turut menganjurkan cabutan bertuah khas dengan menawarkan 10 baucar saringan kesihatan bernilai RM1,000 setiap satu, yang boleh ditebus di KL International Hospital apabila hospital tersebut mula beroperasi kelak.