Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Klook Ada Jawatan Kosong, Cari ‘Chief Spring Officer’ Bantu Pelancong Nikmati Musim Sakura

Nur Farra

Klook, platform pengalaman pelancongan terkemuka di Asia Pasifik, melancarkan pencarian Chief Spring Officer, satu jawatan sementara unik bagi membantu pelancong mengharungi cabaran perjalanan musim bunga di Jepun, Korea Selatan dan China.

Musim bunga antara Mac hingga April sering menjadi tempoh paling mencabar untuk melancong susulan jangka masa bunga sakura yang singkat, cuaca tidak menentu serta kesesakan pelancong musim puncak.

Namun begitu, permintaan kekal tinggi. Data perbandingan tahun ke tahun menunjukkan tempahan pengalaman Klook meningkat 34% di Jepun, 92% di Korea Selatan dan 46% di China dari 2024 ke 2025, dengan momentum pertumbuhan dijangka berterusan pada 2026.

Menurut Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global Klook, musim bunga menawarkan pengalaman yang indah, tetapi pelancong sering dibanjiri maklumat bercanggah mengenai lokasi dan waktu terbaik untuk melancong.

“Dengan terlalu banyak ramalan dan kandungan di media sosial, pelancong sukar menentukan maklumat yang benar-benar tepat dan terkini,” katanya.

Tambah beliau, peranan Chief Spring Officer diwujudkan bagi menggabungkan kepakaran sebenar di lapangandengan rangkaian pengalaman terpilih Klook, supaya pelancong boleh merancang perjalanan musim bunga dengan lebih yakin.

Individu yang dilantik akan berkongsi pengalaman secara langsung sepanjang musim bunga puncak, memantau perkembangan bunga sakura secara masa nyata, serta menguji pengalaman Klook termasuk pas kereta api dan lawatan berjalan kaki bagi memastikan cadangan kekal relevan.

Permohonan bagi jawatan Chief Spring Officer kini dibuka untuk tempoh terhad. Individu yang mempunyai pengalaman melancong musim bunga di Jepun, Korea Selatan atau China digalakkan memohon.

Maklumat lanjut dan permohonan:
https://www.linkedin.com/jobs/view/4368071542/