Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KLSCM 2026 Himpunkan 40,000 Pelari, ASICS Tampil Dengan Pelbagai Aktiviti

Bagi ribuan pelari, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) bukan sekadar perlumbaan, tetapi kemuncak kepada latihan berbulan-bulan, larian awal pagi dan usaha mencapai sasaran masing-masing.

Sebagai rakan kasut dan pakaian rasmi KLSCM untuk tahun kedua berturut-turut, ASICS Malaysia sekali lagi memeriahkan acara itu dengan pelbagai aktiviti sepanjang KLSCM 2026.

Antara yang diperkenalkan tahun ini ialah ASICS House, ASICS Roving Truck, Cheer Zones di beberapa lokasi sepanjang laluan serta koleksi ASICS x KLSCM 2026 Merch.

KLSCM 2026 yang berlangsung pada 3 dan 4 Oktober menghimpunkan kira-kira 40,000 pelari dari 70 negara, dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000.

ASICS House turut menjadi lokasi untuk peserta berehat dan berinteraksi, selain menyediakan aktiviti seperti mandian cold plunge, Personal Best Wall, stesen membuat keychain dan minuman percuma.

Buat pertama kali, ASICS Malaysia turut membawa ASICS Roving Truck ke beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada pelari mencuba kasut ASICS sebelum acara berlangsung. Trak itu kemudiannya membuat hentian terakhir di ASICS Cheer Zone pada hari perlumbaan bagi memberikan sokongan kepada para pelari.

Pada masa sama, ASICS Malaysia memperkenalkan koleksi ASICS x KLSCM 2026 Merch menerusi rangkaian RUNKL bertemakan “Where the City Meets the Stride”.

Koleksi tersebut mendapat sentuhan artis dan muralis tempatan dari Kota Kinabalu, Wilson Ng, yang mengambil inspirasi daripada pengalaman berlari di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam kategori perlumbaan pula, atlet ASICS mencatatkan beberapa keputusan membanggakan.

Bagi kategori Lelaki Malaysia ASICS Half Marathon, Daren James Nair A/L Rodney James muncul juara dengan catatan masa 1:13:44, diikuti Muhamad Asyhraf bin Mohamad Zaidin di tempat kedua dengan masa 1:14:39.

Kategori Wanita Malaysia pula menyaksikan Yu Hui Khiing menduduki tempat kedua dengan catatan 1:33:08, manakala Duta Jenama Wanita ASICS Malaysia, Allison Yee Phui Se, di tempat ketiga dengan masa 1:37:00.

Dalam kategori Wanita Veteran Malaysia Full Marathon, atlet ASICS Lee Siok Chin turut muncul juara dengan catatan masa 3:19:07.

Menurut Country Manager ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, setiap pelari hadir dengan sasaran berbeza, namun semuanya berkongsi semangat yang sama untuk terus bergerak ke hadapan.

KLSCM 2026 bukan sahaja menyaksikan persaingan untuk merebut podium, malah menjadi ruang buat pelari mengejar rekod peribadi, melengkapkan jarak perlumbaan atau sekadar menikmati pengalaman berlari bersama ribuan peserta lain.