Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
ladang ternakan ayam felcra
Kredit: Bernama

Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Bantu Agenda Keterjaminan Makanan – Ahmad Zahid

Azizah Najib

Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Bantu Agenda Keterjaminan Makanan – Ahmad Zahid

ROMPIN, 26 Feb (Bernama) — Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) berskala besar yang diusahakan FELCRA Berhad (FELCRA) di Tanjung Seratus, Kuala Rompin di sini dilihat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran domestik, sekali gus membantu kestabilan bekalan makanan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif seumpama itu akan terus membuka peluang ekonomi baharu, menambah baik taraf hidup komuniti setempat serta mengukuhkan lagi agenda keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan setiap rakyat menikmati akses kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat selain pengeluaran makanan mesti dibuat dalam negara bagi mengurangkan import.

“Kalau sebelum ini FELCRA mengorak langkah besar dengan kejayaan dalam sektor ladang kelapa sawit, getah, dan padi bagi mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar, kali ini FELCRA terus membuka lembaran baharu melalui penglibatan dalam bidang ternakan ayam pedaging.

“Kompleks ini akan mengeluarkan kira-kira 1.5 juta ayam pedaging setiap tahun, hal ini tentunya akan dapat membantu keterjaminan makanan terutama dari segi bekalan ayam pedaging,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kompleks berkenaan di sini hari ini.

BACA: Anak Bongsu Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi FELCRA Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.

Kompleks seluas 20.23 hektar itu telah beroperasi sepenuhnya pada bulan ini melibatkan 10 reban ternakan.

Setiap reban mampu menampung 30,000 ekor ayam dalam setiap pusingan dengan anggaran dapat mengeluarkan secara konsisten 1.5 juta ekor ayam setahun.

Projek mega berkenaan telah dibangunkan menggunakan peruntukan geran berjumlah RM60 juta di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau turut memaklumkan FELCRA akan memperluas agenda makanan negara melibatkan projek ternakan ayam pedaging (sistem tertutup) di dua lokasi lain iaitu Bagan Datuk, Perak dan Sungai Damak, Lipis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata keterjaminan makanan memerlukan pendekatan “whole-of-nation” atau keseluruhan negara yang melibatkan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, dan setiap individu.

Beliau berkata kerajaan akan terus giat berusaha melalui pembangunan indikator khusus untuk mengukur tahap keterjaminan, memperkasakan industri akuakultur, dan memperluas sektor ruminan negara.

Selain agenda keterjaminan makanan, beliau berkata pembangunan keusahawan dan industri halal antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Terdapat lebih daripada 10 agensi di bawah KKDW, kami turut memberikan perhatian terhadap pembangunan keusahawan dan ini kita lakukan dengan 16 kementerian lain.

“Begitu juga untuk pengeluaran produk halal, hal ini menjadi agenda kita dan bekerjasama dengan kerajaan negeri terutama Pahang dan Perak untuk membangunkan kawasan industri produk halal,” katanya.

Sumber: Bernama