Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Konflik Asia Barat, El Niño Antara Fokus Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

ASIA BARAT
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Konflik Asia Barat, El Niño Antara Fokus Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

Usaha memperkukuh serta memulihkan ekonomi negara susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat menjadi antara agenda utama dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata mesyuarat berkenaan turut memberi perhatian terhadap tahap kesiapsiagaan negara berdepan fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan kepada bekalan air, sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

Menurut beliau, fenomena itu juga berpotensi meningkatkan risiko cuaca panas melampau selain jerebu yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Pada masa sama, ia penting bagi memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Tambah Anwar, mesyuarat itu turut membincangkan pelbagai langkah kerajaan bagi menangani cabaran ekonomi semasa yang berpunca daripada ketegangan geopolitik di Asia Barat dan impaknya terhadap ekonomi dunia.

Menurutnya, semangat kebersamaan yang dizahirkan menerusi mesyuarat berkenaan akan terus mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Katanya, kerjasama erat itu penting bagi memastikan segala manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat di seluruh negara.