Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Putrajaya – Individu kontak rapat yang tidak mempunyai gejala tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu lagi menjalani kuarantin kendiri.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media petang ini.
Menurutnya, kelonggaran tersebut terpakai kepada semua individu tanpa mengira status vaksinasi.
“Bagi kontak rapat, mereka tidak perlu lagi kuarantin jika tiada gejala tidak kira status vaksinasi.
“Saya umumkan perkara ini sebab ada permintaan, contohnya di sekolah asrama yang mana mereka tidak dapat dos penggalak disebabkan usia mereka,” katanya dalam sidang media.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kebanyakan varian yang dikesan di Malaysia pada ketika ini merupakan sub-lineage Omicron.
Berdasarkan data yang dimuat naik dalam GISAID dari September 2020 hingga April 2022, kebanyakan sampel-sampel yang dikesan adalah varian Omicron sub-lineage BA2.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia