Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kontraktor Sampai Di Rumah Yang Salah Untuk ‘Renovate’, Pemilik Ini Biarkan Supaya Dapat ‘Halaman Baru’

Gambar: TikTok

Seorang wanita menjadi tular setelah membiarkan sekumpulan pembina membuat kerja renovasi di halaman rumahnya, lapor Daily Star.

Menurut portal itu, wanita tersebut tidak memberitahu kumpulan berkenaan bahawa mereka telah tersalah rumah tatkala melakukan kerja-kerja ubah suai terbabit.

Dia mendakwa, sekumpulan lelaki muncul di rumahnya dan mula memunggah batu-batu kerikil di halaman miliknya tanpa memastikan rumah yang sebenarnya.

Wanita tersebut dikatakan sengaja tidak memberitahu para pekerja berkenaan bahawa mereka berada di alamat yang salah dengan harapan dapat taman baharu, tulis portal itu.

Dalam video-video dikongsikannya, dia mendedahkan rancangannya untuk membiarkan kontraktor tersebut melakukan renovasi sambil menyaksikan mereka memecahkan dek rumahnya.

“Korang dah salah rumah. Habislah, korang dah salah rumah,” katanya sambil merakam tindakan para pekerja dari dalam kediamannya.

“Mereka berada di rumah yang salah, tapi saya takkan hentikan mereka sebab saya nak konkrit atau dek percuma, apa-apa sahaja yang mereka bina,” ujar wanita itu.

“Dah siap nanti baru bagitahu mereka. Saya mahukan apa sahaja yang mereka sedang buat, kemudian saya akan cakap, “Salah rumah!”

Klip tersebut dilaporkan telah menjadi tular dan sebahagian penonton mendakwa, tindakan wanita itu boleh dianggap mencuri.

Bagaimanapun jelas wanita tersebut, dia akan membayar kerja-kerja berkenaan.

Tambahnya, dia telah menghubungi syarikat pembinaan itu dan meminta maaf kerana tidak berlaku jujur terhadap para pekerja tersebut, tulis Daily Star.

Sumber: Daily Star