Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kpkt mykiosk sprm
Kredit: Bernama

KPKT Serah Dokumen Projek MyKiosk Kepada SPRM

Azizah Najib

KPKT Serah Dokumen Projek MyKiosk Kepada SPRM

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menyerahkan dokumen berkaitan Projek MyKiosk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan serta integriti projek tersebut.

KPKT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan dokumen berkenaan diserahkan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali di Ibu Pejabat SPRM di sini berikutan dakwaan berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan projek MyKiosk.

Menurut kenyataan itu, KPKT yang diwakili Mohd Fadzli bersama pasukan kementerian tampil secara sukarela memberikan kerjasama penuh dengan menyerahkan dokumen berkaitan inisiatif MyKiosk meskipun belum menerima mana-mana permintaan daripada pihak SPRM.

“Ini membuktikan komitmen tinggi kementerian dalam memperkukuhkan sistem pengurusan dan mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.

“KPKT juga ingin memastikan tiada elemen salah guna kuasa atau penyelewengan terlibat dalam pelaksanaan program MyKiosk yang bertujuan untuk memanfaatkan penjaja kecil,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPKT, pihaknya sentiasa komited memastikan semua inisiatif dan program kerajaan dilaksanakan dengan penuh integriti.

BACA: MyKiosk Bukan Projek ‘Gajah Putih’, Majoriti Telah Beroperasi – Nga

Menurut keyataan itu, dengan menyerahkan dokumen tersebut kepada SPRM kementerian berharap dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa setiap urusan dan pelaksanaan program telus dan mengikut prosedur yang betul.

KPKT turut memaklumkan semua perolehan serta pelantikan kontraktor MyKiosk telah dilaksanakan oleh 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui sebut harga terbuka.

Menurut kenyataan itu, hasil daripada proses tender tersebut 795 kontraktor telah dilantik oleh PBT di seluruh negara.

“Kos siling bagi MyKiosk 2.0 adalah RM25,000. Harga bagi setiap unit kiosk adalah munasabah dan membolehkan kontraktor bersaing secara adil melalui proses sebut harga yang telus dan terbuka di peringkat PBT masing-masing.

“Kesemua peruntukan berkaitan MyKiosk telah disenaraikan dalam Inisiatif Belanjawan dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mengikut prosedur yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA