Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPT Pertimbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Tuduhan Tidak Berasas Isu Kemasukan IPTA

KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi

KPT Pertimbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Tuduhan Tidak Berasas Isu Kemasukan IPTA

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan tidak berasas berhubung sistem kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurut kementerian itu, tindakan tersebut termasuk terhadap tuduhan berulang yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah yang mendakwa kononnya universiti awam “menjual tempat kepada orang berduit” selain wujud puluhan ribu pelajar memasuki IPTA melalui “pintu belakang”.

KPT berkata, tuduhan terbaharu itu merujuk kepada rakaman video ucapan beliau yang disiarkan di Facebook sempena Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan pada 13 Jun 2026.

“Tuduhan seperti ini bukan sahaja sangat berat, malah berpotensi menjejaskan reputasi dan kredibiliti keseluruhan sistem pendidikan tinggi negara.

“Ia termasuk Universiti Awam, pengurusan universiti, pegawai kerajaan serta ribuan pelajar yang mengikuti saluran kemasukan yang sah,” menurut kenyataan kementerian itu semalam.

KPT turut menegaskan bahawa ini bukan kali pertama tuduhan sedemikian dilemparkan oleh Dr Haim Hilman terhadap kementerian itu.

Menurut KPT, pihaknya sentiasa terbuka menerima kritikan yang membina dan berasaskan fakta.

Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan bahawa sebarang tuduhan yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi pendidikan tinggi negara perlu disertakan dengan bukti kukuh.

“KPT tidak akan membenarkan mana-mana pihak melemparkan tuduhan yang mencemarkan nama baik institusi pendidikan negara tanpa bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat,” katanya.