Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kreatif, Sekolah Di Indonesia Perkenal Guru Ala Barisan Pemain Piala Dunia

Sekolah Di Indonesia
Kredit: Antara News

Kreatif, Sekolah Di Indonesia Perkenal Guru Ala Barisan Pemain Piala Dunia

Setiap edisi Piala Dunia FIFA sentiasa mencuri tumpuan ramai dan demamnya tidak akan 'kebah' selagi perlawanan akhir belum berlangsung.

Jika anda perasan, sebelum setiap perlawanan bermula, barisan pemain akan diperkenalkan seorang demi seorang mengikut. Nama dan video yang menunjukkan wajah mereka akan dipaparkan di skrin.

Namun, perkongsian guru di Kota Tegal, Jawa Tengah baru-baru ini mencuri tumpuan pihak sekolah memperkenalkan para guru dengan konsep unik seperti barisan pemain bola sepak Piala Dunia.

Ia dilakukan susulan sesi suai kenal murid baharu di SDN Randusari 04.

Guru-guru itu diperkenalkan seorang demi seorang menggunakan visual dan kesan khas seperti dalam perlawanan bola sepak, lengkap dengan nama serta jawatan masing-masing di sekolah.

Konsep kreatif itu menjadikan sesi perkenalan lebih menarik dan menghiburkan buat murid-murid baharu.

Video tersebut kemudiannya dikongsi secara meluas di media sosial dan menerima pelbagai reaksi positif.

Ramai warganet memuji idea kreatif SDN Randusari 04 yang dianggap berjaya menceriakan suasana, selain membantu murid mengenali para guru dengan lebih mudah sejak hari pertama persekolahan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha kreatif guru itu yang sangat unik.

Sumber:Instagram