Kreatif, Wanita Kongsi Cara DIY Tempat Sangkut Tudung Elak Kedut Guna Batang Mop
Tidak dinafikan, menguruskan tudung selepas digosok boleh menjadi satu cabaran kecil bagi wanita yang bertudung.
Selepas tudung digosok, ramai yang tertanya di mana sepatutnya ia disimpan.
Ada yang cuba menggantungnya di kerusi, tetapi tudung sering terjatuh ke lantai.
Selain itu, ada juga yang meletakkanya di atas tilam, namun selalu ada orang lain yang terduduk di atasnya tanpa sengaja.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan cara mudah membuat penyangkut tudung dengan cuma menggunakan batang mop agar masalah meletakkan tudung ini dapat diselesaikan.
Bahan-bahan yang diperlukan
Untuk makluman pembaca, perkongsian ini diambil daripada akaun TikTok @norpadilahdiycrafter.
Menurut perkongsian @norpadilahdiycrafter, anda memerlukan kayu bersaiz lebar yang terpakai dan tujuh batang mop yang boleh didapatkan di kedai perkakasan.
Kredit: @norpadilahdiycrafterDifahamkan, ukuran kayu-kayu tersebut perlu panjang enam kaki.
Selain itu, anda juga memerlukan engsel pintu, bracket dan cangkuk, semuanya dalam saiz yang paling kecil.
Kredit: @norpadilahdiycrafterCara menyediakan kayu penyangkut tudung
Menurut perkongsian @norpadilahdiycrafter, langkah pertama dimulakan dengan memotong kayu mengikut kepanjangan saiz tudung agar tudung dapat digantung dengan rapi.
Setelah itu, permukaan kayu digosok menggunakan mesin sander bagi memastikan ia licin dan tiada serpihan tajam yang tertinggal.
Kredit: @norpadilahdiycrafterSeterusnya, kayu yang telah digosok boleh dicat mengikut pilihan. Dicadangkan untuk menggunakan cat putih, namun dia menggunakan cat jernih untuk mengekalkan warna semula jadi kayu.
Kemudian, engsel bersaiz kecil dipasang pada hujung setiap tujuh batang kayu mop.
Kredit: @norpadilahdiycrafterBatang-batang mop disusun di atas permukaan kayu lebar dengan jarang yang bersesuaian, sebelum engsel tadi dipasang pada tepinya.
Cara gunakan bracket & cangkuk untuk penyangkut tudung
Dalam video @norpadilahdiycrafter, dia menjelaskan bagi bracket pula, ia dipasang di setiap tujuh batang mop ke kayu lebar untuk menampung dan menyokong kestabilannya.
Kredit: @norpadilahdiycrafterSetelah itu, cangkuk diletakkan di bahagaian belakang kayu lebar untuk menggantung keseluruhan rak.
Sementara itu, satu cangkuk tambahan boleh dipasang di tepi kayu lebar bagi menambah keseimbangan.
Kredit; @norpadilahdiycrafterApabila siap digantung, rak penyangkut tudung ini boleh digunakan untuk menggantung tujuh tudung sekaligus
Difahamkan, ianya memudahkan proses menggosok tudung seminggu sekali sekali gus menyimpan tudung dengan kemas dan tersusun.
Kredit: @norpadilahdiycrafterSumber: @norpadilahdiycrafter