Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kristofer Hivju ‘Game of Thrones’ Sah Positif Jangkitan Covid-19

Salah seorang pelakon dalam siri TV terkenal Game of Thrones (Permainan Takhta), Kristofer Hivju, mengumumkan di Instagram bahawa dia disahkan positif jangkitan wabak Covid-19 pada Isnin.

Hivju yang dikenali sebagai Tormund Giantsbane dalam siri tersebut berkata, dia mengalami simptom seperti batuk dan kini sedang dikuarantin di rumah bersama ahli keluarganya di Norway.

Pada masa sama, beliau menasihatkan semua untuk lebih berhati-hati terutamanya dengan mencuci tangan, menjaga jarak dan berada di rumah dalam keadaan wabak yang semakin kritikal di kebanyakan negara ketika ini.

Sumber: khivju