Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kualiti Udara Di Sarawak Terus Merosot

SARAWAK
Kredit: Bernama

Kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila empat kawasan mencatat bacaan pada tahap bahaya setakat jam 6 pagi hari ini.

Menurut laporan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 471.

Turut mencatat bacaan pada tahap bahaya ialah Samarahan dengan 326, diikuti Sri Aman (323) dan Kuching (319).

Tangkap layar portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS)

Sementara itu, tiga lagi kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat, masing-masing Sarikei dengan bacaan 259, Sibu (216) dan Mukah (213).

Bagi kategori tidak sihat, enam kawasan merekodkan bacaan iaitu Samalaju (181), Miri (170), ILP Miri (167), Bintulu (166), Kapit (164) dan Limbang (159).

Tiada stesen pemantau kualiti udara di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap sederhana atau baik setakat pagi ini.

Sumber:MyEQMS
Intipati
  • Empat kawasan di Sarawak mencatat IPU tahap bahaya setakat jam 6 pagi.
  • Serian merekodkan bacaan tertinggi 471, diikuti Samarahan, Sri Aman dan Kuching.
  • Tiada stesen pemantau di Sarawak mencatat kualiti udara sederhana atau baik pagi ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan