Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kuching Tersenarai Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah di Asia
Tiada Kategori

Kuching Tersenarai Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah di Asia

Siti Sakinah

Kuching Tersenarai Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah di Asia

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2025 – Berdasarkan data terkini dari platform pelancongan digital terkemuka, Agoda, Kuching berjaya merampas semula gelaran ini daripada Kuala Terengganu, yang mendahului pada musim sebelumnya (April hingga Mei). Dengan kadar purata penginapan sekitar RM227.64 semalam, Kuching sekali lagi membuktikan bahawa “bagai sirih pulang ke gagang”, ia tetap menjadi pilihan utama bagi percutian bajet rakyat Malaysia.

Melihat kepada senarai di peringkat Asia, Surabaya, Indonesia muncul sebagai destinasi paling bajet, dengan kadar purata hanya RM150.33 semalam, diikuti oleh Tirupati, India (RM158.92) dan Hat Yai, Thailand (RM167.51).

Menurut Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei:

“Data Agoda kali ini jelas membuktikan bahawa ramai pelancong masih bijak memilih destinasi yang bukan sahaja menarik, malah mesra poket. Sama ada meneroka lorong-lorong bersejarah di Kuching, menikmati sajian jalanan di Hat Yai atau menyelami keunikan budaya di Tirupati, semuanya memberi peluang untuk mencipta kenangan tanpa membuat dompet menangis,” ujar beliau.

Senarai ini adalah hasil analisis kadar purata hotel di 10 destinasi paling popular di sembilan pasaran utama Asia.

  1. Surabaya, Indonesia – RM150.33
    Surabaya cukup dikenali dengan sejarahnya yang panjang dan budayanya yang penuh warna. Berjalan di sekitar kota ini, anda boleh menikmati keindahan seni bina bersejarah, merasai suasana pasar yang meriah, dan tentunya mencuba aneka hidangan jalanan yang menggoda selera. Selain itu, Surabaya juga sering menjadi pintu masuk utama buat mereka yang ingin meneroka keindahan alam sekitar seperti Gunung Bromo dan Pulau Madura

  2. Tirupati, India – RM158.92
    Tirupati, yang terkenal dengan Kuil Venkateswara, memang menjadi tempat tumpuan buat mereka yang ingin menenangkan jiwa. Namun, seperti kata pepatah, ‘sambil menyelam minum air’, kunjungan ke sini bukan sekadar untuk beribadat sahaja. Tirupati turut menjanjikan pengalaman budaya yang indah dengan festival yang meriah, alunan muzik tradisional yang mendayu, dan sajian masakan India Selatan yang mampu membuka selera sesiapa sahaja

  3. Hat Yai, Thailand – RM167.51
    Terkenal dengan pasar yang sentiasa hiruk-pikuk, Hat Yai sememangnya destinasi serba lengkap. Selain suasana bandar yang penuh warna, kota ini juga menjadi pintu masuk ke pantai dan pulau-pulau cantik di sekitarnya. Sesuai untuk anda yang ingin menikmati keindahan alam dan keseronokan kota dalam satu perjalanan.

  4. Dalat, Vietnam – RM193.28
    Tersembunyi di Tengah Tanah Tinggi, Dalat memang terkenal dengan cuaca sejuk, pemandangan cantik dan bangunan gaya kolonial Perancis yang penuh pesona. Kalau anda jenis yang suka ‘cuci mata sambil hirup udara segar’, boleh cuba aktiviti seperti mendaki, berbasikal atau jalan-jalan di taman bunga yang penuh warna.

  5. Iloilo, Filipina – RM201.87
    Iloilo menjanjikan gabungan menarik antara tinggalan sejarah, pantai yang memukau dan pilihan makanan tempatan yang menyelerakan. Di sini, anda boleh menjejak kaki ke gereja kolonial Sepanyol yang berusia ratusan tahun, menikmati hidangan tempatan yang unik, dan beristirahat di pantai-pantai indah di pulau-pulau berhampiran.

  6. Kuching, Malaysia – RM227.64
    Lebih daripada sekadar bandar, Kuching adalah lambang keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Dari taman negara, muzium warisan, hingga ke pasar kek lapis – semuanya ada.

  1. Nagoya, Jepun – RM386.55
    Nagoya penuh dengan pengalaman menarik untuk para pengembara. Dari Istana Nagoya yang ikonik hinggalah ke Muzium Peringatan Toyota yang sarat dengan sejarah industri. Bagi penggemar makanan, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan terkenal di sini iaitu hitsumabushi, nasi bersama belut panggang yang cukup menggoda selera. Buat kaki shopping pula, kawasan membeli-belahnya yang sentiasa sibuk pasti membuatkan anda rambang mata memilih.

  2. Kaohsiung, Taiwan – RM386.55
    Kaohsiung, sebuah bandar pelabuhan yang penuh warna-warni, menawarkan gabungan menarik antara warisan budaya, pasar malam yang meriah dan lokasi indah seperti Lotus Pond yang terkenal. Bagi anda yang ingin merasai keunikan selatan Taiwan, Kaohsiung sememangnya destinasi yang tidak menghampakan.

  3. Daejeon, Korea Selatan – RM399.44
    Daejeon menawarkan gabungan tarikan moden dan keindahan alam semula jadi. Antara lokasi yang wajib dikunjungi termasuklah Expo Science Park dan Yuseong Hot Springs yang cukup popular. Dengan taman-taman hijau dan muzium yang menarik, Daejeon sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun buat yang ingin mengembara secara solo.

Dengan lebih daripada 5 juta pilihan penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan lebih 300,000 aktiviti menarik, Agoda menjadi rakan setia bagi rakyat Malaysia yang mahu melancong dengan bijak.

Untuk tawaran terkini dan pilihan percutian yang sesuai dengan bajet, layari Agoda.com/deals atau muat turun aplikasi Agoda melalui peranti mudah alih anda.

Untuk makluman anda, senarai ini disusun hasil daripada analisis Agoda yang melihat purata kadar bilik bagi sepuluh destinasi paling popular di sembilan pasaran sekitar Asia.

Data ini diambil daripada tempahan yang dibuat antara Mac hingga Mei 2025, dengan tarikh daftar masuk antara 1 Jun hingga 31 Ogos 2025. Harga yang dikongsikan ini adalah purata, jadi ia mungkin berubah mengikut masa. Sebagai rujukan, kadar tukaran mata wang diambil daripada Wise.com pada 23 Jun 2025.”